Risau akan kekurangan susu badan di bulan puasa? Mesti anda runsing kan? Apa kata anda kita lihat tips menyusu di bulan puasa di bawah supaya boleh melegakan perasaan anda tu..
1. Pengambilan Kurma
Ketika di bulan puasa kurma sangat mudah didapati. Dan kita juga tahu kurma adalah makanan sunnah. Ini kerana kurma sangat lah tinggi kalori yang ditukar kepada tenaga. Lagipun, kurma ni membantu dalam penghasilan susu badan.
Jadi, ambil lah kurma 2 – 3 biji sewaktu bersahur dan berbuka. Tapi kalau nak ambil lebih pun boleh, makanan sunnah kan, apa salahnya..
2. Air Yang Mencukupi
Di bulan puasa ni badan kita akan alami dehydration atau kekurangan air. Jadi tak terkecuali bagi ibu yang menyusu bayi untuk ambil air secukupnya. Tapi, elakkan ais, cuma air suam je okay.. Air suam bagus dalam percepatkan pengaliran bendalir dalam badan.
Tips : Minum air suam sebelum dan selepas menyusu atau mengepam pada waktu malam. Ini untuk elakkan dehydration di bulan puasa.

3. Kekerapan Mengepam
Kerapkan mengepam susu anda sebulan sebelum bulan puasa menjelang. Dengan kekerapan ini dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Selain tu, ia untuk tingkatkan hormon prolaktin yang fungsinya untuk merangsang penghasilan susu badan.
4. Pemakanan Yang Betul
Pada bulan puasa, banyak makanan yang sedap-sedap dijual di bazar Ramadhan. Sampaikan tak tahu nak pilih kan. Haaa.. tapi ingat, anda masih lagi dalam tempoh penyusuan walaupun di bulan puasa.
Elakkan makanan yang berminyak dan yang pedas. Sebab makanan seperti ini susah nak dicernakan. Cari makanan yang dimasak secara panggang, rebus dan kukus. Tapi kalau larat, buat sendiri je kat rumah. Buat resepi simple-simple je..
Di bulan puasa juga kita akan alami keletihan dan kehilangan tenaga setiap kali menyusu serta mengepam susu. Jadi, tips dia anda disarankan untuk makan dan minum selepas menyusukan si kecil dan mengepam. Tapi waktu malam je tau, siang kan kita puasa. hihi..

5. Niat dan Mindset Minda
Mindset dan niat penting di bulan puasa. Niat lah dan berdoa pada Allah S.W.T agar di bulan puasa anda diberi tenaga serta kekuatan untuk menyusukan bayi dengan lancar.
Selain tu, tenangkan fikiran anda dan kalau boleh elakkan stress yang mungkin boleh mengganggu hormon untuk penghasilan susu badan anda di bulan puasa..
Carian berkaitan : tips menyusu bayi di bulan puasa, tips menyusu bayi di bulan Ramadhan, tips ibu menyusu di bulan puasa, tips ibu menyusu di bulan Ramadhan, tips penyusuan di bulan puasa, tips penyusuan bayi di bulan puasa, tips penyusuan di bulan Ramadhan, tips penyusuan bayi di bulan Ramadhan