tips menyusu bayi

Tips Menyusu Bayi Buat Pertama Kali – Jom Baca!

Lepas bersalin ni mesti lah kena menyusukan bayi kan. Bagi yang baru bergelar ibu mesti tertanya-tanya dan banyak persoalan tentang tips menyusu bayi untuk buat kali pertama. Jom baca tips ini supaya anda lebih bersedia untuk menyusu si comel anda.

 

1. Kenal Pasti Tanda Bayi Lapar

Untuk permulaan ni cuba anda kenal pasti tanda-tanda bayi anda lapar. Kalau nak tahu tanda bayi lapar, perhatikan pergerakan mulutnya yang mula nak merengek.

Dengan ini anda akan lebih bersedia dan dapat belajar untuk menyusu si kecil dengan lebih baik. Ambil peluang ni ketika anda masih dalam berpantang.

tips menyusu bayi

2. Eksperimen Posisi Menyusu

Mesti lah hari pertama anda akan berasa kekok untuk memegang dan menyusukan bayi. Baby pertama dan confirm lah takde pengalaman kan. Tapi, jangan pula mengalah dan putus asa. Banyakkan belajar cara menyusu bayi dan lakukan eksperimen beberapa posisi menyusu sehingga anda rasa selesa.

tips menyusu bayi

3. Kekerapan Menyusu dan Mengepam Susu

  • Menyusu bayi waktu siang – at least setiap 3 jam dan jika si kecil tidur, kejutkannya..
  • Menyusu bayi waktu malam – kejutkan si kecil jika tidur lebih daripada 4 – 5 jam

Kerapkan untuk mengepam susu setiap 3 jam. Ini untuk mengelak daripada bengkak susu atau payudara. Semakin banyak susu akan terhasil jika payudara kerap dikosongkan.

Tips : Kerapkan sesi mengepam susu pada waktu tengah malam. Ini kerana hormon prolaktin lebih tinggi waktu malam untuk penghasilan susu badan.

 

4. Pemakanan dan Diet Seimbang

Banyakkan mengambil buah dan sayur-sayuran, protein serta karbohidrat. Dan kalau boleh, kurangkan atau elak daripada makan makanan proses dan fastfood.

Selain tu, minum air lebih kurang 3 liter sehari dan amalkan pengambilan makanan yang menghasilkan susu lebih banyak. Pasti stok susu anda melimpah ruah!

 

5. Urutan Payudara

Teknik urutan payudara yang betul, dapat membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi, sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.

 

6. Pakaian Yang Sesuai dan Selesa

Selepas bersalin, payudara ibu akan berubah saiz dan mengembang. Jadi, jangan main redah beli je tau!

Bra yang tak sesuai dan takde sokongan yang betul boleh sebabkan masalah sakit belakang dan buatkan payudara anda jadi sakit. Lagi teruk kalau ia terlalu ketat, saluran susu boleh tersekat.

Penting untuk tahu saiz dan potongan yang sesuai ni. Jadi, cuba dapatkan dulu nasihat daripada pakar untuk mengukur payudara anda sebelum pergi shopping bra baru ni ye.

tips menyusu bayi

7. Penggunaan Nipple Shield

Penggunaan nipple shield hanyalah jika perlu je tau. Nipple shield ni adalah untuk :

  • menolong bayi melekap dengan baik apabila ibu mempunyai puting yang rata
  • mengatasi masalah bayi melekap akibat payudaya ibu yang bengkak
  • membantu bayi yang lebih suka puting tiruan daripada puting ibu
  • membantu bayi pra-matang yang mulutnya kecil dan kurang daya menghisap
  • melindungi puting ibu yang sakit kerana luka

tips menyusu bayi

8. Nursing Pad / Breast Pad

Jangan terkejut kalau baju anda tiba-tiba jadi basah disebabkan air susu badan menitik dari puting anda. Bagi ibu yang breastfeed ni, penting untuk ada breast pad ni.

Fungsinya adalah untuk menahan air susu badan yang menitik keluar walaupun bayi tak menyusu. Ini terjadi disebabkan susu dalam payudara anda tu dah penuh dan tak dipam.

tips menyusu bayi

 

Carian berkenaan : tips menyusu bayi pertama kali, tips menyusu bayi pertama, tips menyusu anak pertama kali, tips menyusu anak pertama, tips ibu menyusu bayi, tips untuk ibu menyusu bayi pertama