Walau sekuat mana pun seorang isteri itu, dia tetap akan alami gangguan dari segi emosi mahupun mental. Lagi-lagi bila baru saja melahirkan bayi yang dikasihi, maka bertambah lah rutin dan tanggungjawab si ibu ni. Setuju tak? Lepastu, takkan lah encik suami tengok dan bermain dengan si kecil je kan. Jadi, perlu juga sokongan suami sepanjang penyusuan bayi ni.
1 : Sokongan Emosi
Sokongan emosi daripada suami teramat lah penting. Sebab apa? Sebab suami lah antara individu yang paling dekat dan rapat dengan kita selepas keluarga. Pelbagai masalah dan emosi yang dihadapi isteri apabila selepas bersalin dan pada permulaan untuk menyusukan bayi.
Masalah yang timbul mungkin berpunca anda belum lagi dapat menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan ni. Contohnya susu yang dihasilkan pada umur bayi 3-4 hari (susu kolostrum) yang sedikit menjadikan isteri tak yakin untuk menyusukan bayi dan menganggap tak cukup susu.

2 : Sokongan Moral
3 : Sokongan Mental Dan Fizikal
Walau sesibuk mana pun suami, cuba untuk sentiasa ada untuk isteri anda. Kata-kata perangsang dan semangat di saat hadapi kesakitan dan kesukaran selepas bersalin sangat diperlukan oleh isteri. Walaupun hanya dengan urutan lembut sudah memadai bagi isteri anda. Di samping mengurut tu, anda boleh bertanya apa-apa masalah yang berlaku pada hari itu. Dengan cara itu, isteri anda terasa dihargai dan bersemangat sepanjang tempoh penyusuan bayi ni.
4 : Ambil Tahu Urusan Penjagaan Bayi
Urusan penjagaan bayi ni bukan lah tugas isteri semata. Ringankan diri untuk membantu isteri seperti menukar lampin bayi dan boleh juga belajar untuk mandikan bayi anda. Secara tak langsung, bayi anda dapat mengecam dan mengenali anda dengan lebih awal di samping dapat rapatkan hubungan antara bapa dan anak.

5 : Bantu Dalam Hal Rumah Tangga
6 : Berjaga Bersama-Sama Waktu malam
Bayi yang baru lahir ni, kitaran tidurnya belum lagi stabil dan tak menentu. Ada kalanya dia kerap terjaga di waktu malam dan mahu menyusu. Apabila isteri bangun dan menyusukan bayi, para suami berilah sokongan dengan bangun dan menemani isteri anda. Ataupun, anda boleh bergilir berjaga bersama isteri di cuti hujung minggu.
