waktu terbaik menyusukan bayi

Waktu Terbaik Menyusukan Bayi – Penyusuan Bayi Di Waktu Malam Adalah Yang Terbaik!

Ada ke waktu terbaik menyusukan bayi? Kebanyakan orang tak tahu sebenarnya penyusuan bayi di waktu malam ini baik untuk si kecil, malah ia juga baik untuk para ibu.

Waktu penyusuan ini juga sebenarnya berubah sekali dengan waktu tidur bayi. Contohnya, kalau bayi terjaga pada pukul 11 malam dan pukul 4 pagi, dah tentu lah anda kena bangun dan susukan si kecil kan?

Tapi banyak manfaatnya penyusuan bayi waktu malam ni, antaranya:

 

1. Membantu Bayi Tidur Lebih Lena

Menurut kajian, terdapat sejenis asid amino iaitu ‘tryptophan’ yang terkandung dalam susu ibu. Tryptophan ni lah sebenarnya membantu si kecil tidur lebih lena, terutamanya waktu malam. Kalau bahasa pasarnya, sebagai ubat tidur. Tapi jangan la ingat macam ubat tidur untuk orang dewasa tu pulak ye hehe..

Selain itu, tryptophan ni juga adalah hormon yang mengawal mood dan kitaran tidur serta meningkatkan perkembangan otak bayi.

waktu terbaik menyusukan bayi

 

2. ‘Circadian Rhythms’ Bayi Berkembang

Apa tu ‘circadian rhythms’?

Circadian rhythms ni adalah proses yang saling berhubung dialami oleh tubuh badan untuk menyesuaikan dengan perubahan waktu selama 24 jam. Dengan kata lain, ia adalah kunci awal yang menjelaskan fenomena siklus bangun tidur.

So, baby yang baru lahir ni masih belum betul lagi kitaran tidurnya sehingga cecah 3-4 bulan. Walaupun begitu, circadian rhythms baby masih berkembang ketika penyusuan bayi waktu malam.

waktu terbaik menyusukan bayi

 

3. Tahap ‘Prolaktin’ Dalam Susu Ibu Tinggi

Apa pula ‘Prolaktin’ ni? Prolaktin adalah hormon untuk penghasilan susu badan.

Prolaktin terdapat banyak pada ibu kerana ia adalah hormon penting merangsang kelenjer susu untuk menghasilkan susu. Menurut kajian, prolaktin mempunyai corak diurnal dengan tahap yang lebih tinggi dicatatkan pada waktu malam.

Jadi, dengan penyusuan bayi di waktu malam ini membantu memastikan stok susu anda stabil..

4. Bayi Lebih Banyak Menyusu Waktu Malam

Dalam satu kajian menunjukkan bayi akan menyusu lebih banyak waktu malam berbanding waktu lain. Majoriti bayi menyusu di waktu malam sebanyak 64% dan kebiasaanya di antara 1 – 3 kali.

Yang bagusnya, penyusuan waktu malam memberi kebaikan pada bayi yang kurang berat badan. Ini kerana penyusuan waktu malam memberikannya lebih banyak susu. Dan ini membuatkan bayi menyerap lebih banyak kalori untuk tumbesarannya.

waktu terbaik menyusukan bayi

 

5. Mengurangkan Risiko ‘SIDS’ (Sudden Infant Death Syndrome)

Salah satu sebab penting penyusuan waktu malam adalah untuk pengurangan risiko kematian bayi secara tiba-tiba. Apakah puncanya masih lagi belum diketahui.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa risiko kematian bayi secara mengejut menurun lebih kurang 50%. Kajian berikutan bagi ibu yang menyusu secara eksklusif dan tempoh lama penyusuan ibu.

 

Selamat menyusukan si kecil di waktu malam!

 

 

 

 

carian berkaitan : penyusuan ibu di waktu malam, penyusuan waktu malam, bayi menyusu waktu malam, kebaikan penyusuan waktu malam, kelebihan penyusuan malam, kebaikan menyusu bayi waktu malam, kebaikan menyusu waktu malam, kelebihan menyusu bayi waktu malam, kelebihan menyusu waktu malam, waktu terbaik menyusukan bayi