mitos penyusuan ibu

Mitos Penyusuan Ibu – Anda Perlu Tahu!

Kadang-kadang ramai ibu yang salah faham tentang penyusuan ibu ni. Lepas tu dah taknak susukan bayi lagi. Betul ke macam tu? Disebabkan salah faham ni tertimbul lah mitos tentang penyusuan ibu ni. Berikut adalah mitos-mitos tersebut :

 

1 : Susu Formula Setanding Susu Ibu

Susu formula adalah tiruan susu ibu dan dirumus berdasarkan dengan pengetahuan susu ibu yang tak menyeluruh. Ramai yang ingat nutrien dalam susu formula ni lebih kurang je dengan susu ibu. Salah tu.. Sebenarnya susu ibu mengandungi lebih dari 300 nutrien dan sebahagiannya belum lagi dikenalpasti oleh saintis.

Susu formula tak mengandungi antibodi semulajadi, sel-sel hidup, enzim dan protein seperti mana terkandungnya dalam susu ibu. Walaupun susu formula ada juga protein dan lemak tapi still tak sama dengan susu ibu yang mana lebih baik.

 

mitos penyusuan ibu

 

2 : Payudara Ibu Menyusu Cepat Mengendur

Betul ke cepat mengendur? Kalau diikutkan bukan cepat mengendur. Cuma saiz akan berubah.

Sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan, payudara ibu akan bertambah saiznya disebabkan proses mamogensis (pembentukan kelenjar mamari untuk menghasilkan susu apabila bayi lahir nanti).

Ibu yang tak menyusukan bayi selepas bayi lahir, saiz payudaranya akan menurun dengan lebih cepat dan drastik. Bagi ibu yang menyusukan bayinya pula, saiz payudaranya akan menurun secara perlahan-lahan.

 

3 : Payudara kecil, susu pun sikit lah kuantiti dia

Tak betul tu wahai ibu-ibu sekalian. Secara faktanya saiz payudara adalah disebabkan kuantiti lemak yang berada dalam payudara seseorang tu. Secara semulajadinya semua ibu boleh hasilkan susu yang cukup untuk bayinya itu.

Kuantiti susu ni dipengaruhi oleh berapa banyak ‘mammary gland’ dan ‘milk duct’ dalam payudara anda. Maksud dia.. mammary gland ni macam tangki yang simpan susu dan seterusnya disalurkan melalui milk duct tadi..

mitos penyusuan ibu

4 : Susu Ibu Cair Sebab Banyak Air

Ia bukannya sebab banyak air tapi proses atau peringkat susu itu dikeluarkan dari payudara ibu. Pernah dengar tak pasal ‘foremilk‘ dan ‘hindmilk‘? Kalau tak pernah dengar, meh sini nak bagitahu.

Susu ibu ni keluar dengan cara berperingkat. Susu yang keluar dulu daripada payudara ibu dipanggil ‘foremilk‘. Ia memang nampak cair kerana kandungannya lebih air dan laktosa yang mana ia bertujuan untuk menghilangkan dahaga bayi. Kemudian, baru lah keluar susu akhir iaitu ‘hindmilk‘. Hindmilk ni pula, mengandungi kalori yang tinggi dan kaya dengan lemak yang membuatkan bayi kenyang. Teksturnya hindmilk kelihatan lebih pekat berlemak.

mitos penyusuan ibu

 

5 : Kolostrum susu kotor keluar dari payudara

Kolostrum bukan lah susu kotor keluar dari payudara ibu. Tak kotor sama sekali!

Ia memang berwarna kekuningan dan agak pekat. Tak seperti susu foremilk dan hindmilk tu. Kolostrum hanya keluar pada 3 atau 4 hari yang pertama sejak bayi dilahirkan. Dan ia hanya sekali dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuan bayi.

Kolostrum mengandungi antibodi semulajadi yang melindung sistem pencernaan bayi. Selain tu, ia merupakan makanan pertama yang paling baik untuk bayi.

 

6 : Ibu Perlu Berhenti Menyusu Jika Terkena Jangkitan

Dengan penyusuan bayi yang berterusan dapat memberi perlindungan dan tumbesaran bayi dengan baik. Tapi kalau melibatkan kes-kes yang memudaratkan, haruslah ia dikecualikan.

Jika terjadinya jangkitan payudara, jangkitan kulat pertama sekali anda perlu buat ialah berjumpa dengan doktor. Ada penyelesaiannya. Malah, jangkitan itu mungkin boleh pulih dengan penyusuan yang berterusan pada payudara yang terjejas itu. Jadi, jangkitan ni bukan lah alasan untuk anda berhenti untuk menyusukan bayi anda.

 

7 : Kena cuci puting ibu sebelum menyusukan bayi

Sama sekali tak perlu! Sebab apa? Sebab puting ibu ni bersifat antibakteria. Mencuci puting sebelum menyusukan bayi boleh menghilangkan segala lapisan minyak yang melindungi puting ibu.  Selain tu, ia juga ada satu bau semulajadi yang digemari dan dikenali oleh bayi.

 

Carian berkenaan : mitos penyusuan ibu, mitos penyusuan perlu ibu tahu, mitos penyusuan ibu yang perlu diketahui, mitos tentang menyusukan susu ibu