makanan atau minuman larangan untuk ibu menyusu

Makanan atau Minuman Larangan Untuk Ibu Menyusu – Wajib Tahu!

Selalunya ibu-ibu akan cari atau google tentang makanan-makanan berkhasiat sepanjang tempoh penyusuan. Tapi sepanjang tempoh penyusuan tu, penting juga untuk tahu makanan atau minuman larangan untuk ibu menyusu ni agar menjamin kesihatan bayi. Jom baca untuk ketahui apa dia makanan yang dilarang tersebut.

 

1 : Minuman Berkafein

Apa yang anda makan atau minum akan termasuk ke dalam susu badan anda. Sama juga seperti kopi dan teh yang mengandungi kafein.

Bayi tak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisyen seperti orang dewasa. Dengan pengambilan minuman berkafein ini akan menyebabkan badan bayi tak selesa, meragam dan susah untuk tidur.

Jadi, elakkan minuman berkafein ni sepanjang tempoh anda menyusu si kecil.

 

makanan atau minuman larangan untuk ibu menyusu

2 : Makanan Yang Pedas dan Berempah

Menurut kajian, dengan pengambilan makanan yang pedas akan membuatkan bayi sering gelisah dan menyebabkan perut bayi kembung.

Oleh itu, ada baiknya anda berhenti makan makanan pedas dan berempah buat sementara waktu demi kesihatan bayi anda.

makanan atau minuman larangan untuk ibu menyusu

3 : Makanan Laut Bermerkuri

Walaupun ikan atau seafood merupakan sumber protein utama, terdapat beberapa daripadanya mengandungi merkuri yang tak baik untuk tubuh badan. Merkuri yang tinggi dapat mengkontaminasi air susu ibu dan berisiko dalam perkembangan otak bayi.

Contoh makanan laut ini ialah seperti ikan todak, tilefish dan ikan makerel raja. Ikan tuna juga mengandungi merkuri cuma tak tinggi macam ikan-ikan tersebut. Anda boleh mengambilnya tak lebih 2 kali dalam seminggu.

 

4 : Buah-Buahan Citrus

Jika anda seorang yang gemarkan buah-buahan citrus seperti orange dan lemon, elok lah untuk anda elakkan buat sementara waktu. Ini kerana buah tersebut boleh memedihkan usus bayi dan sebabkan bayi meragam dan muak.

Cuba gantikan dengan buah-buahan lain yang juga tinggi vitamin C seperti buah betik dan mangga.

makanan atau minuman larangan untuk ibu menyusu

5 : Produk Tenusu

Pengambilan produk tenusu seperti susu, yogurt dan ais krim boleh menyebabkan simptom alahan muntah-muntah, susah tidur, eczema dan juga colic.

Jika simptom ini terjadi kepada si kecil akibat daripada pengambilan produk tenusu ini, hentikan pengambilannya buat sementara waktu.

6 : Kacang

Kekacang juga boleh dikategorikan sebagai makanan punca alergi. Kalau terlalu banyak makan kacang, tak mustahil bayi anda mengalami alergi. Ia juga menyebabkan punca perut bayi kembung dan rasa tak selesa.

Gantikan mengudap kekacang dengan makanan yang tingkatkan susu badan seperti kurma, kismis, apricot dan banyak lagi.

7 : Coklat

Coklat merupakan makanan yang sangat digemari orang ramai. Tapi, tahukah anda sebenarnya coklat juga mengandungi kafein? Iyaa.. Memang ia mengandungi kafein tapi tidak setinggi seperti kopi.

Jika memakan coklat boleh menyebabkan si kecil meragam, elok anda berhenti atau elakkan sementara untuk kesihatannya.

makanan atau minuman larangan untuk ibu menyusu

 

 

 

 

Carian berkaitan : makanan dan minuman larangan untuk ibu menyusu, makanan atau minuman perlu dielak ibu menyusu, makanan dan minuman perlu dielak ibu menyusu, makanan dan minuman harus dihindari ibu menyusu, makanan larangan untuk ibu menyusu, makanan yang dilarang untuk ibu menyusu