cara cerai susu badan

Cara Cerai Susu Badan? Ikut Tips Ini – Mudah je!

Memang tak dinafikan susu ibu banyak kebaikannya. Namun, si kecil makin membesar dan seharusnya berhenti menyusu badan untuk mencuba makan makanan pejal. Kali ini saya nak bercerita tentang cerai susu badan pula. Mesti anda terasa rumit kan untuk bercerai susu badan?

Di sini saya ingin kongsikan tip-tips yang mudah untuk cara cerai susu badan. Jangan risau, mudah je!

 

1.  Menggantikan Dengan Perkakas Yang Sesuai

Bila si kecil makin membesar dan boleh memegang sesuatu dengan keupayaannya sendiri, ni lah masa yang sesuai untuk menggantikan dengan perkakas lain.

Contohnya, memberikannya botol susu yang sesuai dengannya. Selain tu boleh juga kalau nak gantikan dengan sippy cup yang comel-comel tu. Pasti si kecil tertarik nak gunakannya!

cara cerai susu badan

2. Memendekkan Waktu Penyusuan

Memang sukar kalau difikirkan. Tapi anda boleh try dengan memendekkan waktu penyusuan serta kekerapan menyusu bayi. Tak menjadi masalah bila waktu siang sebab masih lagi boleh dikawal. Apabila waktu malam anda boleh cuba jadi lebih kreatif dengan beri si kecil botol susu yang seumpama puting anda.

 

3. Beri Snek Kegemaran 

Snek kegemaran yang dimaksudkan ni macam buah-buahan dan sayur-sayuran yang lembut, baby finger food, yogurt, cereal dan lain-lain lagi. Oh ye, cuba sediakan dengan lebih kreatif dan colourful. Takpun ajak si kecil untuk sediakan bersama.  Anak anda mesti sukakannya!

Lagipun, anak-anak kecil ni kan mudah tertarik dengan sesuatu yang baru dan berwarna. Secara tak sedar anda telah mengajar mereka dengan sesuatu yang baru. Kira macam 2 dalam 1 lah ni kan..?

cara cerai susu badan

4. Alih Perhatian Si Kecil

Anak kecil selalunya senang untuk dialihkan perhatian. Tapi macamana nak alihkan perhatian mereka ye?

Cuba kenal pasti dulu apa aktiviti favourite si kecil ni. Kemudian jika mereka meminta menyusu, anda boleh ajaknya untuk melakukan bersama aktiviti tersebut. Cara ini berkesan untuk mereka lupa untuk menyusu seketika.. Senang kan?

cara cerai susu badan

5. Minta Pertolongan Suami

Tak semestinya proses untuk cerai susu badan ni hanya dilakukan oleh ibu saja, kaum bapa pun boleh terlibat sama.

Anda boleh gunakan trick ‘hilangkan diri’ sementara waktu. Jadi, cuma ada ayah dan anak saja ketika itu. Biar suami anda ambil alih tugas ketika waktu makannya. Dengan cara ini, si kecil mula kurang untuk menyusu dengan anda..  Ini pun boleh jadi bonding time dengan ayah. Comel kan?

cara cerai susu badan

 

Jadi, selamat mencuba dan semoga berjaya!

 

Carian berkaitan : cara-cara cerai susu badan, cara-cara mudah cerai susu badan, langkah untuk cerai susu badan, langkah mudah untuk cerai susu badan, tips untuk cerai susu badan