jadual pam susu badan

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja Yang Betul Untuk Elak Putus Bekalan

Jadual Pam Susu Ibu Berkerja

Bagi para ibu yang berkerjaya dan pada masa yang sama perlu meyusukan anak dengan susu ibu, cara yang terbaik adalah dengan mengepam susu terlebih dahulu dan disimpan sebagai stok untuk bayi.

Malah, adalah penting mengepam susu bagi mengelakkan buah dada menjadi bengkak dan sakit sekiranya susu tidak dikeluarkan pada masa yang seharusnya.

jadual pam susu badan

Sebelum ke Tempat Kerja

Mungkin agak sukar sedikit bagi para ibu yang berkerjaya untuk mencari masa mengepam susu ditempat kerja.

Masa yang terbaik untuk megemapam susu adalah di waktu pagi. Sebaiknya dimulakan di awal pagi sebelum keluar bekerja iaitu setelah solat Subuh dan selesai urusan-urusan yang sepatutnya.

Hal ini kerana, hormon prolaktin dan oksitosin ┬átelah “bekerja” sepanjang malam dan menghasilkan susu dengan banyak. Dinasihatkan pada waktu malam untuk menyusukan bayi anda bagi menghasilkan lebih lagi susu pada keesokan hari.

Ketika Waktu Minum Pagi

Terdapat sesetengah syarikat yang memperuntukkan waktu untuk minum pagi pada lebih kurang jam 10 pagi bagi pekerja-pekerjanya. Ambil peluang ini untuk mengepam susu. Sekiranya tidak diperuntukkan waktu minum pagi oleh syarikat, seeloknya ambil sedikit waktu untuk mengepam.

Ketika Waktu Rehat Tengahari

Sebelum anda keluar makan tengahari, jangan lupa untuk mengambil sedikit masa untuk mengepam susu, atau juga boleh dilakukan setelah makan tengahari. Tetapi ingat, jangan mengambil masa terlalu lama sehingga “mencuri” waktu bekerja.

 

Ketika Sebelum Solat Asar

Ambil juga sedikit masa sebelum menunaikan solat Asar untuk mengepam susu walaupun sedikit.

Kekerapan jadual mengepam susu disarankan seperti di atas adalah kerana proses mengepam sebaiknya dilakukan dengan sekerap yang boleh dan bukannya selama yang boleh.

Lebih kerap mengepam, lebih stok susu dapat dihasilkan dan bukannya lebih lama, lebih banyak.

Ini kerana, hormon untuk menghasilkan susu bertindak balas dengan kekerapan pergerakan “menyedut” susu dari puting ibu.

Ingat, yang paling penting adalah untuk menyusukan terus bayi anda melalui badan pada waktu malam atau ketika mempunyai peluang melakukannya kerana rangsangan dari bayi anda adalah yang terbaik dalam menghasilkan susu.

 

carian berkaitan: jadual pam susu, masa pam susu ibu berkerja, waktu sesuai pam susu