cara simpan susu ibu tahan lama

Cara Menyimpan Susu Ibu Dengan Betul Dan Tahan Lama

Cara Menyimpan Susu Ibu

cara simpan susu ibu tahan lama

Adalah amat penting bagi para ibu dan juga ayah untuk mengetahui tips-tips penyimpanan stok susu ibu dengan betul. Rugi kalau tak disimpan dengan betul, nanti susu cepat rosak.

Senang je sebenarnya nak simpan stok susu dengan betul. Bunyi macam leceh tetapi sebenarnya tak. Kita bagi tips-tips yang “simple” je untuk anda.

Tips Penyimpanan Susu Dengan Betul

Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk menyimpan stok susu. Boleh pilih mengikut kesesuaian dan kesenangan anda:

1. Simpan dalam suhu bilik (tidak lebih dari 25 degree C) – susu masih elok sehingga 6 jam

cara simpan susu ibu

2. Simpan dalam kotak pendingin (letak ais sekali dalam kotak pendingin) – susu masih elok sehingga 24 jam.

3. Simpan dalam peti sejuk (simpan di bahagian belakang sekali dan jauhkan dari daging, telur atau apa-apa makanan yang belum dimasak) – susu masih elok sehingga 5 hari.

cara simpan susu ibu

4. Simpan dalam bahagian “freezer” peti sejuk (tidak digalakkan kerana khasiat yang terkandung dalam susu akan berkurang) – susu masih elok sehingga 2 minggu.

Bagi semua cara penyimpanan susu di atas, kena ingat:

  • Pastikan bekas yang digunakan untuk menyimpan stok susu telah disteril terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan susu dijangkiti bakteria dan seterusnya mampu membuatkan susu tahan lebih lama.
  • Gunakan botol yang diperbuat daripada plastik dan bukannya daripada gelas. Ini kerana, gelas akan retak atau pecah sekiranya disimpan di dalam suhu yang melebihi suhu bilik.

  • Labelkan tarikh pada stok susu anda supaya anda tahu yang mana yang anda patut guna dahulu. Tak mungkin kita dapat ingat stok susu yang mana yang lebih lama berbanding stok yang lain sekiranya kita tidak melabelkan stok-stok tersebut.
  • ┬áPastikan pam susu dan bekas penyimpanan susu anda sentiasa bersih terutama sekali sebelum anda mengepam. Basuh pam susu yang telah digunakan dengan menggunakan air panas dan bilas dengan sebaiknya sebelum anda steril pam susu tersebut.
  • Pastikan juga tangan anda bersih sebelum mengepam susu. Ini bagi megelakkan berlakunya pertumbuhan bakteria dalam stok susu anda.

Selamat mencuba!

 

 

 

carian berkaitan: cara urus susu ebm, cara menyimpan susu ibu, cara simpan susu ibu, cara- cara menyimpan susu ibu