Cara-Cara Elak Bayi Tersedak Susu

Cara-Cara Elak Bayi Tersedak Susu – Anda Wajib Tahu!

Pernah tak dengar kes bayi tersedak susu? Ngeri dan takut kan? Selalunya kes tersedak susu ni tak kira di mana pun tempatnya atau pun bila, ia boleh berlaku jika tersalah teknik memberi susu kepada bayi. Kali ni, saya nak bercerita tentang punca dan cara-cara elak bayi tersedak susu..

Punca-Punca :

1. Bayi tertidur semasa menyusu

  • Susu akan terus mengalir dan membuatkan bayi tersedak apabila bayi tertidurĀ  semasa sedang menghisap botol susu.

2. Lubang puting botol yang besar

  • Ini menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti semasa bayi tertidur.

3. Tabiat ibu bapa

  • Tabiat ibu bapa yang suka meletakkan bantal untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi bersendirian

4. Kedudukan bayi semasa menyusu yang salah

5. Injap paru-paru bayi masih kecil

6. Tak menyendawakan bayi selepas menyusu

 

Cara memberi minum susu kepada bayi dengan betul :

1. Pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. (Menyusu badan atau menyusu botol).Botol susu dipegang dalam kedudukanĀ  tak lebih 45 – 60 darjah supaya air susu tak tersekat pada tekak punca bayi lemas.

2. Semasa membeli puting botol susu, pastikan lubang puting tak terlalu besar untuk elakkan angin masuk dalam perut bayi. Beli puting jenis X CUT (bayi hisap baru susu keluar)

3. Untuk menyusu badan, pastikan kawasan areola melekap penuh dalam mulut bayi.

4. Pangku bayi semasa menyusu badan dan elak menyusu bayi dengan meletakkan bayi di atas lantai.

5. Sendawakan bayi selepas menyusu untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

cara memberi susu dengan betul

 

Cara-cara Sendawakan Bayi Selepas Menyusu :

1. Meniarap di Pangkuan

  • Meniarapkan bayi dengan posisi melintang sehingga salah satu peha menekan perut. Tahan dada bayi dengan satu tangan. Dan sebelah tangan pula mengusap belakangnya dengan perlahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

2. Pangku Menghadap ke DepanĀ 

  • Dudukkan bayi dipangkuan anda. Tahan bahagian dadanya dengan lengan bawah anda. Pastikan tubuh bayi dalam kedudukan condong ke hadapan, kemudian gosok dan tepuk secara perlahan di bahagian punggungnya dengan jari jemari anda sehinggan udara dalam badannya keluar.

3. Mendukung Bayi

  • Gosok bahagian belakangnya perlahan-lahan sambil mendukungnya. Lakukan dengan sabar kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk keluarkan udara yang terperangkap ni.

Cara Rawatan Jika Bayi Tersedak Susu :

1. Pertama sekali jangan panik. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badannya (jangan terlalu kuat) beberapa kali hingga cecair susu atau bahan makanan lain keluar yang menyebabkan saluran pernafasannya tersekat.

2. Periksa dan keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi.

3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan.

4. Kemudian tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

5. Selain tu, tekan juga di bahagian perut ketika bayi dibaringkan.

6. Tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

bayi tersedak susu

 

 

Carian berkenaan : elak bayi tersedak susu, cara elakkan bayi tersedak susu, langkah untuk elak bayi tersedak susu, tips elak bayi tersedak susu