makanan berkhasiat

Cara Atasi Lenguh Semasa Menyusu Badan – 3 Cara Mudah!

Anda mesti ada masalah lenguh, sengal-sengal dan sakit badan masa susukan bayi anda kan? Jangan risau, masalah tu normal dan memang dialami para ibu.

Kita share 3 cara atasi lenguh semasa menyusu badan yang senang je untuk anda cuba:

 

1. Postur badan ibu ketika menyusu

Kebanyakan ibu rasa kekok masa susukan bayi, lebih-lebih lagi ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi. Bila anda rasa kekok, secara anda tak sedar posisi atau postur badan anda berada dalam keadaan yang tak selesa.

Anda cenderung untuk duduk dalam postur 90 darjah ataupun membongkok. Bila anda duduk dalam postur macam ni untuk sekerap yang mungkin dalam sehari dalam tempoh 3o minit-1 jam setiap kali menyusu, memang badan anda rasa lenguh-lenguh dan sakit.

Ubah postur badan semasa susukan bayi. Letak bantal di pinggang, sandar dan jangan beri tekanan pada pinggang dan tulang belakang anda. Cara anda pegang bayi pun kena lebih relaks untuk kurangkan rasa lenguh kat bahagian bahu dan belikat.

cara atasi lenguh semasa menyusu badan

 

2. Penggunaan baju dalam

Memang nampak remeh pasal penggunaan baju dalam atau “bra” tapi sebenarnya anda wajib pilih dan pakai baju dalam yang betul. Salah pakai baju dalam akan buatkan bahagian atas bahu, belikat dan leher rasa lenguh-lenguh.

Pilih saiz “cup” dan ukur lilit yang sebetulnya supaya postur badan anda juga dapat dibaiki. Percayalah, saya dah cuba yang ni. Pilih baju dalam yang betul bukan je masa susukan bayi tapi juga untuk setiap hari sampai bila-bila. Anda akan rasa berbeza.

cara atasi lenguh semasa menyusu badan

3. Pengambilan kalsium

Masa susukan bayi, bayi kita akan serap sekali kalsium daripada tulang kita sebab bayi perlukan kalsium juga untuk badan mereka. Jadi, sangat penting anda ambil suplemen atau tambahkan kuantiti pengambilan kalsium dalam diet anda.

Kekurangan kalsium ialah salah satu punca badan rasa sengal-sengal, lemah dan lenguh.

cara atasi lenguh semasa menyusu badan

Selamat mencuba!

 

 

 

Carian berkaitan: cara atasi lenguh semasa menyusu badan, cara kurangkan lenguh semasa menyusu badan, cara atasi lenguh ketika menyusu badan, cara atasi lenguh semasa menyusukan bayi, cara atasi lenguh ketika menyusukan bayi, cara kurangkan lenguh ketika menyusukan bayi, cara kurangkan lenguh semasa menyusukan bayi, cara mudah atasi lenguh semasa menyusu badan, cara mudah atasi lenguh semasa menyusukan bayi