apakah foremilk dan hindmilk

Apakah Foremilk Dan Hindmilk? – Ketahui Tentangnya!

Sejak baru bergelar ibu ni, banyak tips-tips tentang penyusuan yang kita dengar. Tapi, tahukah anda apa foremilk dan hindmilk tu? Macam pernah dengar kan? Haa.. Kali ni saya nak bercerita tentang foremilk dan hindmilk ni..

Apakah FOREMILK dan HINDMILK ni?

Foremilk

Foremilk adalah susu awal yang dihasilkan dan diterima oleh bayi. Atau kata lain, susu yang mula-mula keluar dari breast kita. Foremilk ni lebih cair dan berwarna kehijauan dan kebiruan.

Ia mengandungi lebih banyak air ( sebab tu ia lebih cair ), vitamin larut air, karbohidrat dan protein. Foremilk ni juga rendah lemaknya yang berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi.

 

Hindmilk

Hindmilk pula susu yang dihasilkan setelah foremilk. Warnanya juga berbeza daripada foremilk dan lebih pekat.

Ia mengandungi kalori yang tinggi dan kaya dengan lemak yang mana membuatkan bayi kenyang. Hindmilk ni ibarat macam makanan lengkap dan sempurna untuk bayi serta membantu menambah berat badan bayi.

 

apakah foremilk dan hindmilk

Adakah susu badan ni berbeza?

Sebenarnya ia tak berbeza pun. Apa yang jadikan ia nampak berbeza ialah tempoh masa ia dikeluarkan daripada payudara dan proses pengumpulan di salur susu itu.

Susu badan ibu merupakan satu jenis saja dan ia telah pun dihasilkan di sel-sel penghasilan susu. Tempoh perjalanan masa yang jadikan susu yang lebih cair (foremilk) akan keluar dulu dan diikuti susu hindmilk yang lebih pekat berkrim tu.

Sebab tu lah semakin lama tempoh masa antara penyusuan dengan penyusuan kemudiannya akan beri kesan terhadap kecairan susu tersebut.

 

apakah foremilk dan hindmilk

Perlu ada keseimbangan Foremilk dan Hindmilk

Diingatkan sekali lagi, foremilk ni menghilangkan dahaga bayi manakala hindmilk pula mengenyangkan bayi.

Kalau bayi tak dapat khasiat foremilk yang secukupnya boleh sebabkan bayi dehydrate iaitu kekurangan air dalam badan. Jika kekurangan hindmilk pula boleh sebabkan bayi tak kenyang dan menjejaskan tumbesarannya.

Jadi, penting untuk ibu mengosongkan payudara dengan kerapnya mengepam atau menyusukan secara direct.

 

Kesan tidak keseimbangan Foremilk dan Hindmilk :

  • Bayi selalu meragam
  • Perut bayi kembung
  • Bayi tak kenyang
  • Bayi kerap buang air besar selepas menyusu
  • Najis bayi berwarna kehijauan
  • Bayi alami ruam lampin
  • Muntahkan susu dengan banyak
  • Pertambahan berat bayi perlahan

 

Puncanya ketidakseimbangan:

  • Pemberian foremilk dan hindmilk tak seimbang – foremilk lebih banyak berbanding hindmilk
  • Terlalu banyak memberi foremilk dan menyebabkan bayi muak untuk mendapatkan hindmilk pula
  • Ibu terlalu cepat menukar payudara semasa menyusu dan bayi tak sempat mendapatkan hindmilk
  • Bayi menyusu dengan sedikit dan tertidur

 

Tips untuk seimbangkan Foremilk dan Hindmilk :

  • Menyusukan bayi dengan sebelah payudara saja dan sebelah lagi dipam
  • Kerapkan mengepam susu untuk mengosongkan payudara – untuk kurangkan tindakbalas osmosis yang jadikan susu lebih cair
  • Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi agar bayi dapat hindmilk
  • Jika ibu alami oversupply susu, pam susu secara rutin dan menyusukan bayi di antara waktu mengepam
  • Ambil makanan yang tinggi protein dan serat

 

 

Carian berkaitan : apakah foremilk dan hindmilk, fakta tentang foremilk dan hindmilk, keseimbangan foremilk dan hindmilk, kepentingan kesimbangan foremilk dan hindmilk