makanan berkhasiat

Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Menyusu – Antara 7 Yang Terbaik!

Adalah penting makanan berkhasiat untuk ibu menyusu ni. Ini kerana apa yang anda makan akan menjadi makanan kepada bayi anda. Selain tu juga, badan anda perlu bekerja sepanjang masa untuk menghasilkan susu badan serta memastikan badan anda kekal bertenaga. So, mari kita lihat apa makanan yang berkhasiat tu..

 

1 : Beras Perang

Kita tahu yang beras perang ni banyak kebaikkannya seperti bagus dalam menstabilkan gula dalam darah dan boleh menormalkan perubahan mood.

Tapi apa kena mengena beras perang dengan ibu menyusu ni ye? Beras perang ni sebenarnya mengandungi asid folik yang merupakan sumber nutrien penting untuk susu ibu. Selain tu juga, ia meningkatkan hormon untuk penghasilan susu badan.

Jadi, para ibu sekalian, ambil lah beras perang lebih berbanding beras putih okay..

2 : Ikan Salmon

Bagi yang tak tahu, ikan salmon ni kaya dengan kandungan lemak penting iaitu ‘DHA’ yang merupakan asid lemak pada omega-3. DHA merupakan zat makanan yang penting untuk pertumbuhan, perkembangan serta penyelenggaraan tisu otak. Kekerapan mengambil ikan salmon ni boleh membantu si kecil membesar dengan lebih baik, cergas, dan cerdas.

Tapi bukan ikan salmon je yang kaya dengan DHA tau, ikan tuna dan ikan patin pun sama juga fungsinya.

makanan berkhasiat

3 : Telur

Telur adalah makanan berkhasiat yang paling simple dan sangat mudah untuk didapati. Telur merupakan salah satu sumber vitamin D yang terpenting dalam mengekalkan kesihatan dan petumbuhan tulang yang kuat bagi ibu dan bayi.

Anda boleh jadikannya sebagai snek yang simple seperti omelet atau rebus telur dan makan bersama salad. Haa.. tak rumit pun kan?

 

4 : Bawang Putih

Bawang putih adalah salah satu petua untuk meningkatkan pengeluaran susu badan yang telah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Selain daripada tu, ia mempunyai antioksidan yang membantu melawan jangkitan dan sebagai antibiotik melawan penyakit.

Tapi dengar je bawang putih mesti anda macam, errrr… Bawang putih ke? Tak semua yang boleh makan putih sebabkan bau dia yang kuat tu kan. Apa yang anda boleh buat ialah, memanggang atau pun lagi senang masukkan je sebiji bawang putih tu dalam microwave selama 1-2 minit. Bau yang kuat tu akan hilang dan ia akan menjadi lembut.

Serious sedap macam kacang tau!

makanan berkhasiat

5 : Blueberi

Diet yang seimbang haruslah disertakan pengambilan buah sekurang-kurangnya 2 biji setiap hari. Ini pun tak terkecuali dengan ibu yang menyusu.

Blueberi adalah pilihan yang tepat kerana kandungan vitamin C dan mineralnya yang tinggi. Pengambilan buah ni dapat mencegah penyakit, mengekalkan kesihatan badan serta tingkatkan system imun ibu menyusu.

Selain tu, boleh juga anda buat sebagai jus dan minum fresh. Kalau rasa macam nak lagi senang, beli je jus-jus segar yang terdapat di mana-mana pasaraya tu..

makanan berkhasiat

6 : Lobak Merah

Anda mesti ingat lobak merah ni baik untuk kesihatan mata je kan?

Kandungan lobak merah ni sebenarnya tinggi dengan karbohidrat dan kalium dalam tingkatkan tenaga dan stamina ibu menyusu. Ia sumber penting yang mengandungi beta ‘Carotene’¬†yang diperlukan badan sepanjang tempoh penyusuan bayi.

 

 

7 : Daging

Ramai tahu ibu yang menyusukan bayi ni sering mengalami keletihan dan tak cukup tidur. Untuk menyusukan bayi, para ibu memerlukan tenaga yang mencukupi.

Daging merupakan sumber protein dan zat besi yang sangat tinggi. Jadi dengan mengambil daging yang secukupnya dapat menambah dan mengekalkan tenaga bagi ibu yang menyusu.

 

 

 

Carian berkaitan : makanan berkhasiat untuk ibu menyusu, makanan terbaik untuk ibu menyusu, makanan pilihan untuk ibu menyusu, makanan sihat untuk ibu menyusu