masalah ibu menyusukan bayi

Masalah Ibu Menyusukan Bayi – Antara 6 Masalah Yang Anda Perlu Tahu!

Penyusuan bayi merupakan proses semulajadi yang penting bagi ibu dan bayi. Ini kerana berbagai manfaat dan kebaikan daripada aktiviti ini. Namun, kadang-kadang terdapat beberapa masalah ibu menyusukan bayi yang sering dihadapi!

 

1. Payudara Bengkak

Kenapa payudara boleh jadi bengkak ye?

Punca :

  • Payudara ibu akan menjadi bengkak disebabkan penghasilan susu yang terlalu banyak.
  • Boleh jadi juga, disebabkan saluran susu dalam payudara tersumbat. Punca ia tersumbat adalah kerana proses pengeluaran susu yang tak betul.
  • Selain tu, cara pemakaian atau pemilihan bra yang tak sesuai dan teknik menyusukan bayi.
  • Cara mengosongkan susu dalam payudara dengan tak betul.

Payudara akan berasa keras di bahagian saluran yang tersumbat apabila terjadinya bengkak susu. Ia akan terasa sengal bila dipegang dan yang teruknya payudara boleh menjadi merah.

Tanda-tanda bengkak payudara : 

  • Payudara menjadi keras dan berasa sakit
  • Di bahagian areola menjadi pejal

Kesan sampingan :

  • Sukar untuk mengeluarkan susu
  • Sukar untuk bayi menyusu

Rawatan / Pencegahan :

  • Tuam payudara dengan tuala dan air suam
  • Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk kurangkan sakit dan bengkak
  • Jangan berhenti penyusuan
  • Susukan bayi dengan kerap
  • Sebelum menyusu bayi, keluarkan sedikit susu untuk memudahkan bayi menghisap
  • Selepas menyusu bayi, keluarkan susu yang ada jika payudara masih bengkak
  • Periksa semula teknik penyusuan anda

 

masalah ibu menyusukan bayi

2. Puting Melecet

Punca :

  • Teknik penyusuan yang salah
  • Penjagaan puting payudara yang tak betul
  • Posisi bayi menyusu yang salah
  • Seriawan – jangkitan kulat. Akan berasa sakit, gatal dan pedih. Puting berubah warna merah jambu ke merah
  • Ekzema puting – Puting payudara berubah merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak

Rawatan / Pencegahan : 

  • Jangan berhenti penyusuan
  • Periksa semula teknik penyusuan anda
  • Perahkan sikit susu dan sapu pada puting untuk memulihkan puting
  • Elak gunakan bra diperbuat daripada bahan sintetik yang tingkatkan peluh dan kurangkan pengudaraan
  • Bersihkan payudara dengan air tanpa perlu sabun
  • Jumpa doktor sekiranya tiada perubahan

 

3. Rasa Sakit Ketika Menyusu Bayi

Punca :

  • Lekapan mulut bayi di payudara tak betul

Perkara ni sering terjadi pada ibu yang baru menyusukan bayi. Disebabkan tak ada pengalaman, teknik lekapan mulut bayi dengan tak betul boleh jadi puncanya anda berasa sakit di payudara. Jadi, cuba dapatkan nasihat pakar tentang teknik lekapan dan penyusuan yang betul agar anda tak lagi berasa sakit.

  • Rangsangan rahim untuk mengecut

Tahukah anda bahawa rahim kita sedang dirangsang untuk mengecut semasa menyusukan bayi? Sebab tu lah anda akan rasa sakit seperti nyeri  dalam perut sewaktu menyusu bayi. Tapi, jangan la pula sebabkan sakit ni anda berhenti penyusuan bayi.

Semakin kuat bayi menyusu, semakin kuat lah rahim kita mengecut. Walaupun sakit, ia tetap ada baiknya. Seperti rahim kita lebih cepat mengecut dan cepatlah juga perut kita kempis. hihi..

 

 

4. Tidak Cukup Susu

Salah satu masalah yang sering ibu-ibu risau adalah bila terjadinya susu badan yang tak cukup. Tapi jangan jadikan alasan ni untuk anda putus asa untuk menyusukan si kecil ye..

Punca : 

  • Tidak selalu / jarang-jarang menyusukan bayi
  • Lekapan mulut bayi pada payudara tak betul
  • Penyusuan waktu malam yang sekejap
  • Menyusukan bayi dengan sebelah payudara saja
  • Ibu memberi makanan pejal terlalu awal
  • Ibu alami stress

Rawatan / Pencegahan : 

  • Kerapkan menyusu bayi
  • Masa penyusuan tak lebih 2 jam
  • Pastikan lekapan mulut bayi pada payudara dengan betul
  • Menyusukan bayi dengan kedua-dua belah payudara
  • Pemakanan yang betul dan seimbang
  • Rehat yang secukupnya

 

5. Mastitis

Apa yang dimaksudkan dengan mastitis? 

Mastitis ni merupakan jangkitan dalam payudara disebabkan salur susu yang tersumbat atau bengkak susu. Bengkak susu ni boleh katakan tak kritikal lagi, yang jadi kritikalnya bila bengkak tu tak surut sampai boleh jadi infection pada payudara.

Jumpa doktor kalau dah rasa nak demam atau memang dah demam disebabkan mastitis ni. Kalau tak jaga kesihatan diri, macamana nak jaga kesihatan anak kan?

Rawatan / Pencegahan : 

  • Jumpa doktor dengan segera
  • Tuam payudara dengan air panas
  • Mandi air panas (jangan terlampau panas pula, nanti melecur badan.hehhe..)
  • Sentiasa mengosongkan payudara

 

masalah ibu menyusukan bayi

6. Jangkitan Kulat

Kulat trush atau Candida albicans biasanya ada pada mulut bayi, salur pencernaan serta kulit. Jika pembiakannya tak terkawal, ia boleh jadi jangkitan.

Tanda-tanda jangkitan :

  • Payudara berasa gatal dan puting jadi merah
  • Berasa pedih dan macam terbakar
  • Puting jadi tegang berbanding biasa
  • Terasa kering dan menggelupas di puting dan sekelilingnya
  • Terdapat blister (biji berisi air) di puting
  • Ibu terkena jangkitan kulat di vagina secara tiba-tiba

Tanda-tanda lain : 

  • Keputih-putihan dalam mulut bayi
  • Bayi tak mahu menyusu
  • Bayi merasa tak selesa
  • Jangkitan fungus dekat diapers

Jadi, segera lah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

 

 

Carian berkaitan : masalah penyusuan bayi, masalah penyusuan bayi dihadapi ibu, masalah penyusuan sering dialami ibu, masalah dalam menyusukan bayi