cara pekatkan susu

5 Cara Pekatkan Susu Badan

Masalah susu badan cair ni normal. Anda jangan risau, bukan anda sorang je yang ada masalah ni. Kebanyakan ibu, lagi-lagi ibu yang baru dapat anak pertama memang ada masalah ni.

cara pekatkan susu

 

Kat sini kita nak share 5 cara pekatkan susu badan. Simple sangat dan selamat, jadi anda tak perlu risau.

1. Menyusu pada waktu malam

Kebanyakan ibu ambik remeh pasal susukan bayi pada waktu malam lagi-lagi kalau bayi tu tak merengek.

Walaupun simple benda ni tapi menyusu atau pam susu pada waktu malam ni penting bagi rangsangan untuk hasilkan lebih lagi susu dan susu tu lagi pekat.

Sekurang-kurangnya anda kena bangun sekali waktu malam untuk pam susu atau susukan bayi anda.

 

cara pekatkan susu

2. Tambahkan protein dalam diet

Kalau anda jenis yang kurang ambil protein dalam diet seharian anda, cuba ubah tabiat ni. Sebaiknya makan secara seimbang dan ikut cadangan piramid makanan. Bila anda sihat, baru lah anda ada tenaga yang secukupnya untuk jaga bayi anda.

Kalau anda dah ikut diet piramid makanan tapi susu masih lagi cair, cuba tambahkan pengambilan protein sikit-sikit sampai anda nampak perubahan pada susu anda.

3. Menyusu atau pam dengan kerap

Pam susu atau susukan bayi dengan kerap sebenarnya lagi bagus daripada pam atau susukan bayi dalam masa yang lama tapi jarang.

Rangsangan dari bayi atau pam yang bantu penghasilan susu yang lebih banyak dan lebih pekat.

cara pekatkan susu

4. Tatap gambar atau wajah anak semasa pam

Jika anda bekerja, anda kena buat jadual pam susu dan kena ikut betul-betul jadual tu. Jangan mengelat dan paling bagus kalau anda tengok gambar bayi anda masa pam susu sebab ini akan bagi rangsangan untuk penghasilan susu.

5. Minum air jenis malt

Amalkan minum air jenis malt setiap pagi macam air milo, horlicks atau coklat malt.

 

 

 

 

Carian berkaitan: pekatkan susu badan, cara pekatkan susu badan, cara atasi masalah susu badan cair, tips pekatkan susu badan, cara pekatkan susu ibu, tips pekatkan susu ibu